DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (R3/0611/4/0100) (08/29) (A10580)
Syarat kemasukan
  • Lulus SPM (atau kelayakan yang setara) dengan sekurang- kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran dan lulus Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah.
  • Lulus SKM tahap 3, dan lulus dala mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan lulus dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul (lulus) dan lulus dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, KKM) dan lulus dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.

    ( SMK harian boleh memohon walaupun tiada asas Bahasa Arab )

    TEMPOH PENGAJIAN : 2 Tahun 6 Bulan

    Pengenalan Program

    Program Diploma Teknologi Maklumat direka bentuk untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mereka bentuk, membangunkan, mengkonfigurasi, melaksanakan serta menyelenggara penyelesaian dan infrastruktur teknologi maklumat bagi memenuhi keperluan organisasi. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan konsep, prinsip dan aplikasi teknologi maklumat melalui pembelajaran teori, latihan amali dan pengalaman industri. Graduan program ini berupaya menyokong transformasi digital organisasi serta memenuhi keperluan tenaga kerja profesional dalam pelbagai sektor industri berasaskan teknologi maklumat.

    Prospek Kerjaya

    Pendidikan
    Graduan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau bidang pengkhususan berkaitan di Universiti awam dan swasta.

    Kerjaya
    • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    • Penolong Pentadbir Sistem
    • Penolong Pentadbir Rangkaian
    • Juruteknik Teknologi Maklumat
    • Penolong Eksekutif Sokongan Teknikal
    • Penolong Eksekutif Infrastruktur Teknologi Maklumat
    • Penolong Pentadbir Pangkalan Data
    • Penolong Jurutera Pengkomputeran Awan
    • Penolong Eksekutif Keselamatan Teknologi Maklumat
    • Penolong Eksekutif Operasi Pusat Data

    Senarai Kursus

    Semester 1
    • Senibina Komputer
    • Prinsip Pengaturcaraan
    • Etika Teknologi Maklumat
    • Perlembagaan dan Masyarakat Berintegriti
    • Pengantar Tajwid dan Hafazan
    • Bahasa Arab Asas
    • English For Proficiency

    Semester 2
    • Pangkalan Data
    • Pengaturcaraan
    • Pengenalan Matematik Diskrit
    • Rangkaian Dan Komunikasi Data
    • Internet of Things
    • Tadabbur Al-Ayaat Al-Kauniyyah
    • Pengantar Akidah Dan Akhlak

    Semester 3
    • IT Project Management
    • Rekabentuk User Interface/User Experience (UI/UX)

    Semester 4
    • Asas Kalkulus
    • Keselamatan Siber
    • Analisis dan Rekabentuk Sistem
    • Cloud Computing
    • Keusahawanan Digital
    • Tulisan Jawi dan Khat Al-Quran

    Semester 5
    • Statistik dan Kebarangkalian
    • Rangkaian Lanjutan
    • Pengaturcaraan Mobil
    • Sistem Pengoperasian
    • Software Fundamentals
    •Khidmat Masyarakat
    • Ulum Al-Quran dan Al-Hadis

    Semester 6
    • Projek

    Semester 7
    • Latihan Industri

    Yuran Pengajian

    YURAN PENGAJIAN
    ( WARGANEGARA MALAYSIA )

    SEM TERMASUK ASRAMA (RM) TANPA ASRAMA (RM)
    1 4,210.00 3,510.00
    2 3,370.00 2,670.00
    3 1,230.00 880.00
    4 3,110.00 2,410.00
    5 3,240.00 2,540.00
    6 1,100.00 750.00
    7 1,240.00 1,240.00

    Jumlah Keseluruhan :
    Termasuk Asrama : RM17,500.00
    Tanpa Asrama : RM14,000.00

    YURAN PENGAJIAN
    ( PELAJAR ANTARABANGSA )

    Jumlah Keseluruhan :
    RM24,800.00

    Daftar kemasukan anda sekarang

    Loading...